oh my blog ! hoho! miss u damn much laa!
a long time never seen... =P
hahahaha ! poyo laa weh !
ehemm... hari ni berapa haribulan ? 15/6/2012 .... okay , genap dua minggu lah kira aku kat Malaysia... hurm , the atmosphere in Malaysia is freshie lah and also have a beautiful scene ! very different at my hometown Medan , Indonesia... Bertuahnya rakyat Malaysia , kan ? ( hahaha! poyo gila nak mampoihh ! )... berbalik kepada cerita asal.. Ini adalah kali kedua vacation aku ke overseas. Yang first , overseas at Thailand. Tapi tu bila , time aku kecik ! Tak berapa nak ingat moment tu...
Sebenarnya, aku tak dapat pun nak ikut vacation ni. Sebab, clash dengan kuliah. Hah ! ada aku kisah !? ikut jugak... bantai je laa! tak aci la, diorang je selalu jenjalan kat overseas! aku pun nak jugak! Bali , aku dah terlepas... Padang , Bukit Tinggi pun terlepas jugak. Singapore pun sama! Sedih woo! mana boleh cenggini !
Before that, thanks to Allah sebab dapat jugak join vacation ni... bukan senang nak dapat oih! okay lah , naik flight tambang murah je.. Berbaloi jugak RM 270 satu kepala untuk tiket flight. haha! Senang cite , kau ada ? *annoying face!
FIRST DAY VACATION... 30 May 2012 (on the way, Danau Toba)
"Wargh! mak aih gilerr...! lewat dah ni..." haha! semua pakat kalut. Mana taknya , pukul 4.30pagi baru tersedar. Nak siap2 lagi pastu nak pergi LCCT tu bukannya dekat ! Fuhh , nasib baik barang dah siap packing. Almost 6.00 am baru sampai LCCT. Ramai kot orang! pagi pagi buta ouh! Sampai je , terus pergi surau. Solat subuh.. Dan check-in around 6.45 am. Fuhhh , lepas check-in and masuk ruang balai menunggu tu... sambung tidur! hehe.. weh , penat weh! tidur pukul berapa malam tu. Pukul 2 lebih gitu tidur. Tengok movies.. Best!
muka bajet comel... huahua! tapi saya memang comel pun kan ?
( jgn buat muka annoying! aku sula kan! )
Alahh , sekejap je pun tidur. Sebab tengok makanan kat depan! haha! ada dunkin's donut , curry-puff , tea panas.. umphhh! sedap ,kebetulan perut lapar time tu. hehe.. duk sekejap , dengar announcement suh gerak pergi kat flight. Kesian ma aku penat jalan. bukan dekat oih! hurmmm , nak buat cemana. Dalam flight , mak aihh.........~ semak jetak pramugara! haha! *okay , sambung tidur! hehe
Urm , dari LCCT, Sepang ke Airport Polonia, Medan xde lah lama sangat. Tak sampai 45minit kot! Sekejap giler! nak tidur pun tak sempat nak bermimpi.. Lagi lama dari Airport Pengkalan Chepa ke LCCT. Lebih jugak 45minit.. Dekat sejam jugak laa.
Pukul 8.30 Malaysia sampai kat sana. Wah! sejuk kot... Keluar je dari pintu utama, kami disambut baik oleh tourist guide dan mereka bawa kami ke tempat parking bas. Best jalan time tu, tak perlu bawa barang. Pekerja dia yang bawa! haha! *pemalas! ... Kami naik bas PARIWISATA ( bas persiaran ) dan menuju ke HOTEL GRAND ANTARES yang terletak ditengah2 kota Medan untuk menikmati breakfast. Sedap kot menu kat situ... Nasi goreng , Mee goreng semua berbeza cara masak. Lain dari Malaysia. Aku suka omelet! umphhh! sedappp! chef dia yang buat. On the spot plak makan.
After that, we continued our journey. hehe. Around 10.00 am gitu la, gerak ke Danau Toba. Nak tahu berapa jam ambil masa nak sampai sana ? 5 jam kot ! macam Ipoh nak balik Kelate! hoihh! Sepanjang tu kan, aku paksa diri tak nak tidur! oi, rugi kot... Jalan jauh2 nak tidur! Baik balik tidur rumah! Tapi , ada time aku kalah. Tertidur jugak! haha! Sape boleh tahan ngantuk 5 jam dalam bas. aih!



Sambung balik perjalanan yang terbuang! hehe... Part ni menarik, pelbagai cara hidup mereka yang dapat kita tengok. ( mana taknya, time ni jela aku boleh tengok sebab sebelum ni aku tidur je.. hoho! ) Cara diorang berbeza sangat dengan Malaysia. Tengok lah budak sekolah diorang plak! Perghh! selamber giler badak , rambut tu macam2 fesyen, pakaian pun apa kurang , handphone tak yah cakap. Tapi paling ketara budak perempuan laa. Kalau kat Malaysia ni , masuk bilik disiplin hari2 rasanya.

Pastu , disepanjang perjalanan tu kan... Banyak kubur kristian. Merata! tepi , depan rumah. uish! macam mana lah orang rumah tu hidup? tak takut ke ? kubur tu... Kubur tu plak, pelbagai pattern.. Dan pattern tu la yang menggambarkan ketinggian darjat seseorang yang meninggal tu... yelaa , kepercayaan animisme kan.
Yang ni pun tak kurang hebatnya, cara diorang bersawah. Unik! bila tengok sawah padi tu, teringat time belajar Geografi form 3. Di Indonesia mengamalkan tanaman berteres sebab faktor geografi so, diorang buat macam tu. Dan mereka menanam padi huma.
Okay, guys! sampai sudah hotel yang dicari. PARAPAT VIEW HOTEL ! ( haha! kelakar giler nama ! @__@ ) Around 6.00pm kami sampai kat sini. Awesome giler! Subhanallah... sungguh cantik ciptaanMU.. Bilik kami menghadap tasik. haha! best! Nak tahu tak ? semua bilik hotel kat sini. Tak ada aircond dan tak ada kipas! so , maknanya. tempat ni memang sejuk! Swimming pool ada , tapi sayang. tak bawak swimming suite. Lagipun, kolam tu nampak kotor laa.


Lepas tu, kami balik hotel. Rileks! yang tua-tua masuk bilik, rehat. Kami budak2 lepak kat tepi kolam sambil tengok tasik. Fuhh! nyaman nya udara!
SECOND DAY VACATION... 31 May 2012 ( Danau Toba )
Kami bersiap dan berkumpul dilobi hotel pada jam 8.00 waktu Malaysia. Dan breakfast. Kami disajikan bihun dan mee goreng. Sedap! hehe..!
Lepas breakfast. Terus check out! tak lupa candid2 gambar... hoho! Ambik gambar tu pentin taw!

Dalam sejam tu, lastly sampai jugak tempat yang ingin dituju. Pulau Samosir ! maksud pulau tu , tasik diantara gunung.

Heheheheh.. part ni paling best ! hahah! *otak kuning! apa yang empat bijik tu ? hihi.. apa tu ? apa tu ? korang tahu ? agaknya apa? hoho... itu adalah payudara wanita. Kenapa 4 ? haha! normally 2 kan ? pelik aih! apa jadi tu ? hoho! Okay, meh nak cite apa semua ni. Orang Batak dulu, sebelum pergi merantau dia harus pegang itu. Untuk mengingati jasa ibu menyusukan kita. Kalau dia tak pegang itu sebelum merantau kiranya dia pergi tanpa restu. Cicak plak , erm kalau korang perasan kan. Cicak kalau tercabut ekor takkan mati kan. Malah cicak tu boleh hidup lagi .So, maknanya cicak ni melambangkan yang diorang ni boleh hidup dimana mana sahaja. Apa yang penting. HORAS! HORAS! HORAS!
Yang ni plak , dia cerita pasal hukuman kepada penduduk yang bersalah. Pada mulanya, mereka akan berbincang sebelum manjatuhkan hukuman. Manakala yang tertuduh tu duduk didalam kandang pesalah. Alaaa , functionnya lebih kurang macam mahkamah kat Malaysia ni. Dalam berbincang tu , mereka mesti terdiri daripada sembilan orang! Kalau genap tak boleh susah nak tentukan. Dah berbincang siapa yang bersalah. Yang bersalah tu akan dibawa ke tempat hukuman dilaksanakan. Cara mereka pelik kot! Yang bersalah akan dibaringkan diatas batu. ( actually aku dah lupa caranya.. lagipun banyak senjatanya.. aishh! )

Sebenarnya, aku tak berapa nak ingat la part ni. hoho! sorry! tak leh nak sharing la.. Tapi kat ni lebih kepada sejarah kehidupan masyarakat dulu la. Cara pengamalan hukuman mereka tu , dah tidak digunakan pada masyarakat kini. Sebab cara nya mungkin nampak kejam kalau nak diamalkan hari ini. Sejarah hanya tinggal sejarah.
Then, lepas tu. Kami ada beli souvenir kat sini. Harganya macam standard Malaysia je. Tapi siapa belanja kat sini ( bukan setakat sini je , seluruh Indonesia ) mungkin dipanggil jutawan. HAHA!

Haaa... nak bagitahu sape2 yang belum datang lagi dan nak bershopping. Better datang kat sini. Lagi banyak pilihan berbanding dengan Pulau Simosir. Okay dipendekkan cerita , Pulau Simosir dan Tomok ni banyak cerita pasal sejarah masyarakat dulu. ( actually aku bosan la bab2 sejarah ni. adeh! ingatkan nak berjalan sakan jeh! )

Time ni, hujan. Perjalanan yang agak mencabar. Sebab jalan sempit dan berbukit. Banyak tanah runtuh. Tapi alhamdulillah kami tidak apa-apa. Laluan kali ni lain dari laluan yang kami lalu. Sebab jalan ni dia pusing tasik dari atas bukit. Pemandangan nya tak payah cakap! memang cantik giler! susah nak jumpa. hoho! entah pukul berapa kami singgah di Simajarunjung. Menikmati minum petang! ceh! hoho! tempat ni terletak ditengah2 bukit. Sejuk kot time ni. Bila bercakap keluar asap. hoho!


MALAM YANG TAK DAPAT AKU LUPAKAN, time ni entah pukul berapa la. Nak tahu ? ma aku kejutkan aku suruh berganjak sikit sebab dia nak tidur dengan aku. Katanya , dia takut. Ya Allah , tak tahu kenapa ma aku macam tu. Satu katil single tu kami tidur berdua. Tak lama kemudian plak tu, ma aku menjerit kesakitan. Kaki dia cramp. Bangun lah aku dengan keadaan mamai. Urut2 kaki dia.
Untuk family aku memang ditempah 4 bilik. Satu untuk kakak sulong dan suaminya. Satu lagi untuk kakak aku azlina dan anak2 nya. Dan lagi satu untuk kami budak2. Selebihnya untuk ma dan ayah. Oleh kerana , ayah xdapat ikut , so aku lah yang tidur dengan ma aku.
THIRD DAY VACATION 1 June 2012 ( Brastagi )
Hari seterusnya..... seperti biasa. Pukul 8.00am waktu Malaysia berkumpul kat lobi. Then, breakfast makan kenyang2. hoho! Check-out.



Lepas bershopping tu, kami check-in hotel kat Hotel Antares. Anak beranak Hotel Grand Antares. haha! Memandai je aku !

LAST DAY VACATION... 2 June 2012 ( Kota Medan )
Pagi tu, buat hal sendiri. Nak breakfast anytime pun boleh. Ikut suka hati nak turun kafe pukul berapa. Jangan masuk waktu lunch baru nak turun plak! Memang tak laaa. Ehemm, macam biasa. Makanan hotel. Sedap lah kan.. hoho! owesome! berselera makan!
Pada sebelah pagi tu, kakak2 dan yang lain keluar bershopping. Entah diorang pergi kat mana. Diorang beli kain cotton. ( buat baju raya ). Beli cadar pastu entah apa lagi la. Aku just duk diam2 dalam bilik. Jaga bebudak tu haa... hurmmmmmmmm ( macam bibik plak. hoho ).. Bukan apa, diorang ajak tapi taknak ikut.
Tepat pukul 2.00pm waktu Malaysia semua berkumpul di foyer hotel dan check-out. Then , terus gerak ke Istana Maimoen Sultan Deli Medan. Tempat ni, banyak menceritakan sejarah sultan diorang. Kalau korang nak tahu, sultan diorang macam ada relations dengan sultan kat Malaysia ni. Sebab sultan ( nama apa. Lupa ) pernah berhijrah kat Malaysia dan membina keluarga kat sini.
![]() |
Korang boleh je nak pakai baju macam yang sultan pakai. Bayar r rm7. |
![]() |
Gambar ni diambil depan istana. Ada macam stage kat depan istana tu. |
Lepas ke Istana Moimoen, kami dihantar ke pusat membeli belah yang terkemuka di Kota Medan, MEDAN MALL. ( iye ker terkemuka ? ). Dalam mall ni kan, rasanya macam lebih kurang kat Malaysia je. Barang-barang kat dalam tu,harganya pun macm lebih kurang jaa. Tak ada beza pun dengan Malaysia kita. Puas jenjalan dalam mall tu. Kami singgah kat kedai makan 77 Eslteller.
Restoran 77 Eslteller ni macam kedai
![]() |
Bakso Super Jamboo Special |
Dah habis pusing2 dan melepak dalam mall tu, tepat kul6.30 berkumpul kat ruang legar Mall tu. Then, gerak pergi Airport Polonia. Dalam pukul 8.00pm waktu Malaysia check in. Pastu pukul 8.45pm waktu Indonesia baru berangkat menuju ke Malaysia. SELAMAT TINGGAL MEDAN.
p/s : fuhh! penat menaip. Macam diari je. Panjang gilerrrrr! Hohoho!
No comments:
Post a Comment