Thursday, November 15, 2012

Bermulanya di twitter....

Photobucket


Hye guys! wah! lamo benor tak blogging ni aih! Al-maklum lah sekarang tengah study week dan mungkin sedikit busy lah sebab nak prepare untuk final kelak. Ewah! lagak macam study gila gila nak mati! haha! Hanya ilusi je semua tu! Jangan percaya! 

"bertemu di twitter ku jatuh hati padamu bukan tak nak mengaku tapi hati rasa malu" Ewahhh! kemain seronok ye! By the way tak ada apa pun sebenarnya. haha! Saja nak tukar-tukar lirik najwa latif ni. huhu! Tapi saya ada cerita dengan "twitter"ni sebenarnya. Apa? nak tahu? Jangan menyibuk boleh? hehehe 

Encik Satria... familiar kan? haha! okay sebelum ni saya pernah mention nama ni dalam entry yang lepas-lepas. (kalau perasan la)  Kenapa aku bagi nama ni? Mestilah sebab dia pakai kereta satria kan! Podah! 

Al-kisahnya macam ni... Bila, kenapa, mengapa dan sebab apa dia follow aku, tweet aku selalu itu tidak aku ketahui. Pernah bertanya kepadanya, apa semua itu. So, katanya dia pun tidak tahu tapi yang pasti sebab suka tengok tweet aku. Haaa! Apa peliknya dia ni! Apa hebat sangat entah tweet aku. haha! Okay, dia suka tweet aku sebab kebanyakan tweet aku bahasa kelantan. hehe! See! hebat kan bahasa kelate! Dan dia jugak nak kenal dengan awek kelate. Haduiii! Kenapa aku? Ramai lagi kan awek kelate yang lain? 

For your information, aku tak layan pun mamak tu. (pada mulanya laaa). Dah tiga bulan berlalu layan dia macam nak tak nak je. Adalah satu hari tu dia usha no fon aku. Usha punya usha at last dia tinggalkan no dia. Tiga hari berturut-turut begitu. Sehinggakan naik kesian pulak tengok mesej dia yang last tu. Dek kerana kesian lah kan. At last aku pm dia jugak. Huuu! 

Tapi untuk seketika lah kot berhubung via handphone tu. Entah aku tak tahu kenapa. Tak ada mood nak layan. (mana taknya sebab time tu aku gilakan orang tuuu hurmm). Stop berhubung dengan dia sebab aku posting tempoh hari. Hampir sebulan jugak la. Lagipun, aku off handphone aku yang satu tu. So, that why la kami tak contact. (ishh! jahat betul aku!

Lepas pada tu, time aku kat Putrajaya. Tetiba tercontact semula dia. Haha! Nak tahu kenapa? sebab aku tweet dapat free call 7 hari tu haa. Time tu la berconversation semula dengan dia. Dan aku pulak tetiba jadi gatai minta no handphone dia. Tapi sayang seribu kali sayang la dia bukan celcom user! adehh! Membazir jugak! 

Tapi lepas pada tu jugak laa kami slow slow berconversation. heeee! 

Kalau sebelum tu dia pernah ajak lepak tengok bola, makan apa bagai tu. Time tu jugak pun sama lah. Dan macam biasa lah kan. Aku tolak! Segan menguasai diri! Mana aku kenal dia! Perkataan yang selalu dia guna time aku buat-buat tak tahu macam tu, tahu apa? Berlagak lah mek ! Haha! 

Ada satu hari tu, dia usha aku. Mana taknya kan, aku je selalu terjumpa dia. So, katanya tak adil! Uish! sanggup dia usha aku dan cari aku sampai kat Ipoh Padang sana! OMG! Tapi dia tak nampak aku pun! HAHAHA! tu lah sape suruh pakai kereta macam tu? Memang dari jauh orang tengok pun boleh cam la maod! 

Ada satu malam tu, hujan. Dan aku pulak kena hantar roomate aku ni kat stesen bas. Nak tak nak terpaksa mintak tolong dia. Sebab dia lah yang paling dekat time tu. Kawan-kawan aku yang lain pulak berjimba-jimba entah kemana. At last, bersua muka jugak kami. 

Kali pertama aku jumpa lelaki yang kenalkan aku kat member-member dia. Pulak tu kali pertama jumpa, kali pertama keluar. Fuh! Kalau sebelum ni, lelaki yang aku mula kenal sebolehnya-bolehnya mengelak dari tu semua. 

Apa-apa pun, tak ada pun sebenarnya! Makan? bukan berdua okay! Lepak? pun bukan berdua! Overnight? Tidak berdua jugak. Futsal? lagi laa bukan berdua! Berjogging? join bersama kawan dia. wayang? setakat ni belum. hehe! So, aku dengan dia samalah macam aku dengan kawan-kawan lelaki yang lain. Nothing special! Lagi pun aku dengan dia sebaya okay! huheee!

hey! hey! hey! yang bestnya. Housemates aku pun boleh tumpang sekaki. Nikmatnya ada dia sebab jadi delivery man kami! harharhar! Lewat pagi pun dia sanggup beli dan hantarkan makanan! Wahhh! untung! untung! 

Bak kata aku sebelum ni pasal dia. "kalau kau kenal dia, mana pergi mesti orang kenal kau" Haaaa! itulah yang jadi kat aku sekarang. Mana aku pergi je, ada lah yang kenal aku. Aduhaiii... Dah tak ada privacy dah duk kat sini. huhu! 

Agaknya mana satu dia tu haa? hehe
Ibnu Mas'ud bin Mahmod. Nice name! tak pernah ku jumpa nama sebegini. Jumpa pun, kebiasaan nama para ulamak. By the way, Welcome to my life maod!


p/s: agaknya berapa bulan entah? haha! lepas ni boring lah tu.. huuu! tunggu dan lihat sahaja =)

p/s:: something yang buat aku terfikir.... orang yang tengok aku dengan maod keluar ni mesti akan cakap aku gila besi ! harharhar! Mana taknya, dia ada kereta pastu pulak geng X-tuned! walawehhh! 


 
Copyright © 2020 CIK SHAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.