Monday, December 5, 2011

Salaam Namaste

Photobucket


SALAAM NAMASTE? hmmmm.... apa anda tahu dengan perkataan tu? bertanya khabar? anda sedang buat apa? or anything else? hahaha! actually, aku pun tak tahu! hahaha! Yang aku tahu , tajuk tu hanya sebuah cerita  made from INDIA...haha! whatever lah! yang penting sekarang, aku nak kongsi something about thats story... 
aku baru je habis tengok cerita ni... kat channel 133 (B4U)... kalau siapa ada astro and amek channel ni... mesti tahu lah kan?~

Okey,... aku bagi tahu dulu sinopsis pasal cerita ni dulu eak~


Nick (SAIF ALI KHAN) dan Ambar (PREITY ZINTA) bertemu disebuah stesen radio. Start dari situ, Nick try tackle Ambar dan berkeinginan nak tinggal bersama sebab Nick terlalu cintakan Ambar. Lagipun, mereka ni tinggal kat overseas(AUSTRALIA) dan berjauhan dengan family. Pada mulanya, Ambar tak berminat dengan hasrat Nick tu... dah Nick selalu pujuk so faham2 jelah.. hati wanita..... nak tahu apa sebab Nick punya hasrat gitu,..
  •   Ingin mengenali hati masing-masing.
  •   Nak tahu mereka ada persefahaman tak.
  •   Sejauh mana mereka cintakan satu sama lain.
Tapi mereka tak kahwin tau! kiranya mereka tinggal bersama tanpa ikatan... owh okey! mereka tinggal bersama dalam satu rumah tetapi bilik berasingan... tandas mereka perlu share sebab ada satu je.. mereka tinggal kat rumah tu kene bayar setahun deposit! so, mereka tak boleh la tinggalkan rumah tu suka-suka hatilah...


Selama satu bulan mereka tinggal berdua... hmmm... ada something yang berlaku... sehinggalah Ambar disahkan hamil.. Nick tahu pasal ni, dan dia nak Ambar gugurkan! sebab dia tak bersedia! tapi Ambar tak berbuat demikian... so, berlakulah konflik antara mereka ni!

Tapi,.. lastly, mereka bersama jugak dan dengan kehadiran anak kembar.. (biasalah cerita last2 pun bersama jugak kan! ? hahaha)




Okey, nak tahu kenapa aku tertarik nak cerita  pasal cerita hindustan ni... hmmm~ sebenarnya ada part yang aku nak cakap... lagipun, benda yang aku nak cakap ni.. memang ada kaitan dengan dunia zaman sekarang! (pada pendapat aku la)... 

Majoriti remaja dan dewasa... mereka lebih suka hidup tanpa ikatan sah (pernikahan) macam cuople gitulah!
sebab kalu mereka kahwin mesti banyak tanggungjwab yang mereka perlu pikul,. Pastu cara hidup mereka pun berubah jugak tambah2 kalu ada anak...hmmmm... 
So, bagi mereka (not all) hidup tanpa nikah lagi best! hidup enjoy! nak lepaskan nafsu pun boleh je... asalkan jantan dan betina open minded! si jantan always give and si betina always accept!
Then, bila dah boring dengan teman tu... Anytime! boleh tukar! macam tukar baju gitu.. bila dah selalu duk pakai ataupun koyak... buang je~ takpun bagi orang... hmmm~ itupun kalau orang tu nak...
Pastu, kalau pregnant... senang je GUGUR! 

Tapi, dalam cerita ni,... aku suka peranan Ambar.. tak ikut cakap Nick ... sanggup jaga kandungan tu! Nick?!
just take it easy je kan? What the hell ? huh!  


p/s : mereka xpe r kalau tinggal bersama pun... sebab agama mereka tak larang (iye ka? sorry r aku pun tak pasti )... kita orang islam dan tinggal kat Malaysia.. Jangan haraplah boleh buat macam tu! silap haribulan kene tangkap khalwat , naik turun mahkamah , kene bayar denda... lagi bagus kalau dapat KAHWIN FREE!



Thursday, November 24, 2011

KediAmAn UniKL AmpanG




Dalam kenangan




















Thursday, July 7, 2011

Aku Adalah Seorang Mahasiswi?

Photobucket


Wah ! tak sangkanya!
sekarang aku dah berganjak ke alam universiti.
Perghhhh!! cam tak caya je en?
Hampir 7 bulan aku menanam anggur yang tidak pernah nak berbuah-buah.
Lastly, aku jadi jugak seorang mahasiswi.
Ececececece! Bangga derrrr!

serius tak caya doe!
1st time, aku sampai kat kampus UNIKL RCMP en...
aku tertanya2 gak.
Betul ker ni? Aku belaja kat sini?
Jadi student universiti? 
Mana taknya,aku rasa macam semalam je aku baru habis sekolah.
Tiba-tiba terpacak kat bangunan ni..



Sungguh tak caya! Macam mimpi je lorh!

Opppss! Lupa lak!
Sebelum tu , aku nak ucapkan alhamdulillah sebab 
semuanya berjalan dengan lancar. Tapi.. satu je!
Borang yang nak di cop Pesuruhjaya Sumpah tu.
Nasib baik diorang yang uruskan pendaftaran student2 tu , 
tak cakap pape. cuma dia bagi tempoh masa dua minggu untuk settle borang tu..
kira ok la kan? tak ada laa aku duk gelabah.
Lagipun aku dah tahu mana tempat nak cop kat bandar Ipoh ni.

Lagi satu , aku rasa macam dihargai je..
Ntah lah! aku xleh nak describekan cemana aku rasa.
Dua buah kete mari hantar aku kat Ipoh,Perak ni..
Satu HONDA CIVIC (kakak aku punye) dan satu
lagi PAJERO/TROOPER (ayah aku punye). Perghhhh!
Betul2 aku rasa macam dihargailah derrrrr...
Dah la ramai yang ikut. Penuh satu kete!
Tapi kete ayah aku lah sarat! Sebab ramai nga budak2.
Aku naik kete honda civic.Selesa!
5 0rg je en.. Trooper?? Berapa org eak??
6 org dewasa , 5 org kanak2.Gilerw!
Macam ikan sardin! Hahahahahha!

Time nak datang hari tu en... Hujan lah! hujan rahmat kott..
Sebab sepanjang perjalanan tu,.. Hujan!
Tapi bila sampai bandar Ipoh , ok lak cuaca! Serius!
Macam kedatangan aku ini dialu2kan..
Alhamdulillah..
Semoga sepanjang aku disini tidak ada perkara buruk yang akan berlaku..
InsyaAllah....




Saturday, June 25, 2011

Karangan Perihal diri dan Kerjaya

Perghhhhh! 
lastly, siap jugak esei ni. Mana taknya! 
asyik bertangguh-tangguh! nak daftar tak lama lagi daaaa.. 

Ni haaa! esei untuk UniKL! 

Saya NorSyarmimi Bt Sallehudin juga merupakan anak ke-7 bagi pasangan Sallehudin Bin Hamid dan Siti Haliah Bt Deraman.Saya dilahirkan pada 29 Mac 1993 bertempat di Kampung Kubang Golok,Bachok,Kelantan iaitu dirumah tempat saya dibesarkan.Saya mempunyai 3 orang abang, 3 orang kakak dan seorang adik.Kesemua kakak saya dan 2 orang abang saya telah berkahwin. 

Didikan dan pelajaran amat penting dalam kehidupan seperti mencorakkan kain putih menjadi secantik sutera.Dengan pegangan itulah saya pertama kalinya dihantar ke sekolah tadika KEMAS ketika berusia 4 tahun.Seterusnya bapa menghantar saya ke Sekolah Kebangsaan Kubang Golok bagi melanjutkan pengajian sekolah rendah.Sewaktu Ujian Penilaian Sekolah Rendah saya memperolehi 3A, 2B dan terus melangkah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok.Sekali lagi saya berhadapan dengan peperiksaan besar bagi sekolah menengah rendah iaitu PMR dan kali ini saya berjaya mendapat 6A,2B. Saya bersyukur dengan pencapaian itu kerana melepasi target saya.Untuk menambahkan lagi pengalaman hidup saya sebagai seorang pelajar sekolah , saya menyambung lagi pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1) bagi tingkatan 4 dan 5.Bertemankan semangat dan perjuangan serta sokongan daripada tenaga pengajar saya berjaya memperolehi keputusan SPM yang baik.

Aktiviti yang lasak menjadi minat saya seperti permainan hoki dan olahraga.Permainan badminton juga menjadi peneman saya dikala lapang selain membaca novel dan melayari internet bagi meningkatkan pengetahuan saya.Saya mempunyai perancangan dalam membina tahap pendidikan yang lebih tinggi.Menjadi seorang yang kreatif serta inovatif  dalam mengimbangi diri dari segi jasmani dan rohani serta berintelektual untuk membina personaliti yang lebih hebat dan berketerampilan.

Dalam aspek kerjaya pula saya melihat kepada ruang yang lebih luas dan ingin mengecapi kerjaya yang profesional dalam sektor awam mahupun swasta.Saya ingin menjadi seorang insan yang berguna dan seorang anak yang cemerlang dalam membina kerjaya sebagai seorang ahli fisioterapi.Kejayaan yang datang itu adalah hasil usaha keras saya itu dan  berkemampuan untuk mengecapinya.







Friday, June 24, 2011

i-City kini lebih MENARIK dan TERTARIK!

Baru-baru ini , aku ada singgah kat i-City tempat yang
femes dengan dunia lampu pelbagai warna uh!
perghhh~ 
i felt shocked when i stopped there!
the place has changed dramatically!

Ini adalah kali ke-4 aku ke situ!
dah banyak berubah der!
terpegun aku di buatnya! pengunjung2 pun ramai gak!
bukan setakat local2 ni je , overseas pun ada!
cayalah! Malaysia dah maju!

Masih aku ingat time tempat tu mula2 bukak dan first time aku ke situ. 
Tempat tu di buka pada tahun 2009 tak silap aku la. First year aku sekolah kat Putrajaya.
Dulu semua free taw! Parking kete free.
Masuk rumah salji or anywhere u wants check in , free! tak payah bayar!!
tapi nak makan tu memang kene bayar la sebab dalam tu 
ada restoran. Agak banyak la jugak restoran kat situ.
Harga makanan tu pun , ehemmm NO KOMEN! 
tepuk dada tanya selera.
Boleh katakan bila pergi time tu , memang beruntung giler lah! 
dapat ambil gambar ,banyakkkkk! nak posing cemana pun tak payah nak malu2! Boleh je!
 sebab time tu kan mane ada orang sangat! tempat baru kan..
  

Tapi sekarang dah berubah! 
nak parking kete RM10 (cuti sekolah) , RM5 (hari biasa)
Pastu , nak masuk Snow House kene bayar gak!
tak silap aku RM5 untuk dewasa , RM3 untuk kanak-kanak.
tempat yang ada menatang dinosour , zebra , tiger dan banyak lagi lah!
tu pun kene bayar gak! harga tak tahu laa sebab tak tengok.
sekarang ada yang terbaru!
SNOW WALK! 
fuhhh! Best je tengok! aku ada masuk dalam tu ,
tapi xde la kat dalam yang ada salji tu..
sebab nak masuk tu kene bayar RM25(dewasa) , RM 20 (kanak-kanak)
harga pun tengok la! agak berbaloi jugak la kalau nak masuk tu.
sebab dia ada sediakan kelengkapan macam orang nak maen salji.
so , agak best la! tak rugi la kalau masuk!.
Hari tu , aku nak la masuk jugak! tapi xde duit laaaaa....
kakak aku pun xnak belanja! kesian giler! sob3!! 


dalam bangunan SNOW WALK

Haaaa, bukan tu aje yang terbaru!
banyak der!!! 
Macam Macam ada! 
Permainan kanak-kanak.
nak naik kuda pun boleh tapi semua tu kene bayar la.

lagi satu , dulu gerai-gerai jual makanan xde..
sekarang dah ada lah! tapi makanan tu macam hot dog , nugget gitu lah!
makanan2 yang merepek gitu! cemana en?
tapi aku agak was2 lah nak beli makanan-makanan tu ,
sebab yang penjual pom, sekali aku tengok 
macam orang cina ,sekali tengok macam indon ,india pun ada.
kekeliruan identiti! hohohoho!
so , kualiti makanan tu pun mesti diragui kan! ?
air pun , nak beli rasa takut gak!
takut diguna diorang air paip! 
perghhh!
alamatnya , tujuh hari tujuh malam lah aku sembelit!

apa-apa pun , kalau nak pergi kat i-City dan nak merasa semua benda yang ada kat dalam tu..
memang kene pakai duit banyak lah! 
ni aku pergi dalam minggu lepas!
so , tak tahu lah pulak nanti banyak yang berubah!
harga-harga pun mungkin naik jugak!
iye la! tempat tu boleh dikategorikan tempat yang ada kelas taw!
sebab idea nak buat benda tu (lampu-lampu LCD pelbagai warna)
 di copy paste macam kat overseas tawwwww!
hohohoo!

so , ENJOYLAH kepada mereka yang baru nak pergi tu..
p/s : bila la , pilak aku boleh pergi. nak tengok perubahan terbaru yang ada kat i-City.

 
Copyright © 2020 CIK SHAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.