Thursday, June 28, 2012

Perempuan Minat Bola... So what! ?

Photobucket



Salam petang dan salam sejahtera. Aihh, plan nya nak pergi AEON. Bukan main beria-ria diorang ni kata nak pergi. Aku pergi mandi , pastu siap2. And then turun bawah, semua tidur! Alahaiiiii~ Layan facebook lah kalo cenggini.

Hye guys, you think what I want supposed to share here? Alaaa ,kat atas dah ada, mestilah tahu kan ? Okay, aku nak gelak sekejap ni! There are many things that make me feel very amused! Haahahahahaha! Do you know what is the matter ? 


Haha! Apa agaknya kalau korang baca status and comment kat atas tu ? hihihihi.... Yang si Dayana pun sorang,.. Kau memang minat bola ker , atau kau nak tunjuk yang kau ni memang gila bola? haha! Yang nak tergelaknya, most of her status talked about my hero, okay! Heh , sejak bila Messi main EURO ni haa ? *curious ... Okay, mungkin kau over obsess dengan Messi. Pastu plak, barcelona kan kat Spain. So, ko bajet Messi main untuk Spain la?  haihhh~ ( tumpang simpati.. Jadi bahan lah kau Dayana. Bawa2 bersabarlah ya? ) Memang teruk kau kena bahan, tak kurang ada yang back up kau. Okay lah , yang back up tu.. Tapi yang bahan tu, .......

Ciksaa ni bukan apa sebenarnya, kalau tak tahu. Diam-diam je. Jangan bajet tahu , kau tahu apa akan jadi? Kau seolah-olah memperbodohkan diri kau! Nak bajet tahu pun ikut keadaan lah jugak. ( aku pun kadang2 buat bajet tahu je.. hehe.. )  Ciksaa ni pun bukan tahu sangat pun pasal bola ni, tengok bola pun sekadar nak habiskan masa lapang. Pastu nak lepak2 dengan member. So, apa2 pasal bola pun just as my knowledge jaa... Tak da laa nanti lepak2 dengan member nampak macam aku ni "kongo" dan tak  ber"educated". ( cehh, tak bereducated.. poyonya! haha!

Yang member perempuan yang aku kenal pun... Apa kurang jugak... Alahai , update status pasal bola kat facebook , twitter... Mengalahkan pages bola! Bila aku tanya something pasal bola, eheh , kelakarnya jawapan! Hanya mampu gelak dan senyum jaa... Hahaha! Bagitahu je laa, apa yang aku tahu. Nanti xde la dia "termalukan" diri dia sendiri nanti. ( Bajet tahu semua lah ciksaa ni kan ? haha ) Eh ,betul laa.. Boleh la dia nak menganjing sape2 kan. ( aku bagi hint tu!

Ciksaa ni bukan nak memperlekehkan dan memperendahkan perempuan or wanita dengan dunia bola ni. Sebab ciksaa sendiri ni pun perempuan, wanita dan minat bola! So, tak heran lah kan. Apa yang nak dicakapkan kat sini... Kalau nak cakap apa2 pasal bola pun , at least kita tahu benda yang kita nak cakap. Jangan main hentam semberono. Nanti kau jugak yang akan malu! Bukan setakat kau je , yang lain juga yang akan terkena tempiasnya.... Tengoklah plak tajuk untuk gambar kat atas tu "Kan saya dah cakap..org pompuan jangan sibuk2 pasal bola...ahaha"
haaah , tak pasai2 plak! Nanti yang gegurls lain baru nak minat bola turut jadi bahan... ish!ish!ish!



p/s: Housemates ajak keluar g Jusco Kinta City.. Ngada lah diorang ngada! Btway, mohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa. Salam dari messi's wife.. hihihi!




Saturday, June 23, 2012

BeSt Trip at Gua Tempurung

Photobucket


Wahhh! Nikmatnya hidup! alhamdulillah.... ( tadah tangan dan aminkan ).. Hai, guys! hehehe... nak cakap apa haa ? ( tak reti nak susun ayat ).. Okay, nak tahu? Pagi tadi kami buat trip ke Gua Tempurung! Walaweh! best gilerrrrr kot! First time kot masuk gua! haha! *Berfikir sejenak... Aku rasa kan, kebanyakan member2 aku ni, lebih banyak habiskan masa dan wang diorang dengan main bowling, tengok wayang, shopping ntah apa lagi laa... Tak ke membazir benda tu semua? ( ecehh... macam laa aku tak buat benda2 tu )... Tapi aku tak addicted sangat dengan benda2 tu semua. Alangkah bagusnya buat benda yang boleh puaskan hati malah boleh menerokai ciptaan Allah SWT. Setakat tengok wayang ? Apalah sangat... kalau cerita tu best, mungkin berbaloi. Kalau tak? Membazir! Lagipun, sekarang kan dah maju. Boleh je download cerita apa kita nak tengok! Free plak tu! ( Tapi tak best lah kan, nak tengok tu nak2 suasana macam dalam panggung. ) Bowling? first games boleh la. Rasa best main. Masuk 2nd games~ sure akan rasa bosan! ( kalau aku, 2nd games mesti kacau orang main.. haha! ni baru best! )... Shopping ? Nak bershopping tu, tunggu la time tengah sale. Baru jimat duit! Apa2 pun, tirulah macam ciksaa! hehehe! Rela habiskan duit dengan jalan, jalan, jalan dan jalan. Makan belakang kira! Bagi ciksaa ni lah kan. Berjalan ni memang berbaloi sangat! We can make an experiences, add our knowledges, and also dapat melihat dengan mata kita sendiri ciptaan Ilahi yang mungkin kita tak dapat jangkakan. Subhanallah! Engkau lah yang Maha Pencipta segala langit dan bumi.

( Panjang plak membebel ).. Okay, straight to the point! Time nak pergi ni, memang pagi yang kalut sikit. Macam biasa, pukul 5,6 pagi baru reti nak tidur ( aku je laa...hehe ).. Pastu, paginya baru nak kalut! Macam biasa, mesti masak kalau nak pergi jalan2 macam ni. Baru jimat! Tapi, saru nya aku, orang yang nak pergi hantar kami tu pukul 9.20pagi baru nampak batang hidung! aih, sedangkan kami pukul 8.15pagi dah terpacak kat depan pintu! ( asalnya, sewa dua kereta.. tapi nak jimat. just sewa satu je.. yang kami bertiga member punya member tolong hantarkan! hohoi! jimat! )

Around 10.00am sampai la dekat Gua Tempurung. Setengah jam dari Pekan Razaki. ( tak jem. Kalau jem memang lebih 1/2 jam ). Oihhh, ramai gila kot orang time aku sampai. Parking full. Mostly, yang ada time tu rombongan sekolah laa. Hari2 minggu mungkin macam tu kot keadaan. Haa, nak masuk dalam gua tu kan. Ada pakejnya. Tapi kami ambil pakej 3. Asalnya nak ambil pakej 4. Tapi diorang xdan duit. So, aku ikutlah diorang. Pakej 3 ni agak mencabar jugak! dan berbaloi dengan harga. ( ada rezeki nanti nak try pakej 4. Paling mencabar! ehemmmmmm )

For your information, kalau nak tahu lebih lanjut pasal Gua tempurung boleh tekan QuicK FacT of Gua TempuRungBerita Harian.... Cerita dan fakta tu semua lebih kurang apa yang aku tahu dari tourist guide kami hari tu. So, tak susah2 la aku nak explain panjang lebar. Bukan apa, kat sini aku just nak storykan pengalaman aku kat sana je. That's only! ( hehehe.. kedekut ilmu! )

Time nak masuk haritu, kami join sekali dengan rombongan sekolah. Rombongan sekolah tu majoriti india, cina sket2 je. Dan yang melayu, kami bertujuh! tak apa 1 Malaysia kan ? hoho! Lebih kurang 40 orang dalam satu trip siri menjelah Top of the World and Short Adventure.
Mendengar briefing sebelum masuk Gua Tempurung.
Tepat jam 10.30 pagi. Siri jelajah mula bermula. Hehehe! Before starting step to entrance of the cave, say "Bismillahiramanirrahim"... Ya Allah, uniknya, indahnya, cantiknya, lawanya. Memang tak dapat nak diungkapkan dalam sebaris ayat. It's so amazing! Itu je boleh cakap! Dinding2 gua kelihatan cantik dengan bantuan cahaya lampu yang ada. Pandang kanan, waaa.. Pandang kiri,cantik giler!.. Pandang atas, uniknya! Pandang bawah, cantik kasut aku. Hehehehehehhe.....


Kalau tengok betul2, tu la kristal (bintik2 putih). 
Tak nampak sangat sebab guna 
kamera murahkan.



Perjalanan dalam perut Gua Tempurung tak ada lah susah sangat sebab dah disediakan tangga dan laluan pejalan kaki. So, tak mencabar sangat la. Rasa tercabar pun, naik tangga tu.... alahai penat! Di platform yang pertama , kami diperkenalkan ukiran semulajadi yang amat lah menakjubkan dan memerlukan imaginasi kita untuk describe kan seperti wanita sedang membelai rambutnya, bentuk muka manusia berkepala botak, kura-kura gergasi, siput/ais-krim/kon, Osama bin Laden ( manusia berjanggut ). Dan kat sini jugak, kita boleh tengok kristal! Kristal tu terlekat kat batu-batuan. Dan nampak obvious bila disuluh dengan torclight. It looks shiny! Waaaaa....! Menakjubkan!


Kamu tengok betul2... agak2 nya bentuk apa ? macam
hantu pun ada... hoho!











Tangga ni memang mencabar! Sebab kat dalam gua tu

 ( tanda bulat ) tarikan gravitinya lebih kuat

 berbanding diluar .




Golden Flowstone dikenali sebab dinding2 kat gua tu terdiri dari pasir2 halus seperti kristal. Sebahagian dinding gua ini yang basah dan berair kelihatan berkilauan apabila terkena suluhan lampu. Platform ni jugak, tempat untuk merileks kan kaki yang kepenatan lepas panjat tangga "maut" tu.. hoho! 


Selepas melalui Golden Flowstone, kamu akan melalui satu tempat yang ada "neutral air-cond". Tempat ni paling best sekali! Bila berada kat sini, kaki2 yang lenguh, badan yang penat. Secara automatik akan hilang! Serius! Ermm, why "neutral air-cond" is happened? Okay, tempat ni mempunyai ketinggian 90 meter dari aras laut dan merupakan laluan angin. Situasi ini memberikan suasana nyaman kerana angin yang menerusi lorong ini sangat sejuk. Angin ini datang dari dua arah bertentangan iaitu melalui pintu masuk dan pintu keluar gua ini. Pertembungan ini akan memberi suasana angin pelbagai arah. Bagaimanapun kelajuan angin banyak bergantung dengan keadaan cuaca diluar.

Kawasan paling tertinggi dalam gua ni, dikenali sebagai Top of the World ( pakej yang kami ambil ) yang mana mempunyai ketinggian 125 meter dari aras laut.

Ini adalah tangga dan lampu terakhir. Lepas tu, bermula lah "dfficult journey".
Bermulalah cabaran sebenar yang mungkin kamu tidak akan lupa sampai bila2! huhu! ( ayat poyo ).. Wey, serius wey! Tempat ni tak ada kemudahan seperti mula2 jejak kaki masuk dalam gua ni sampailah ke tangga dan lampu terakhir tu! Bergelap lah kamu! hoho! Hey, kan bawa torchlight. Risau apanya! 

Tiada kemudahan disediakan, yang ada hanyalah trek yang kotor dan basah. Tiada lagi trek yang bersimen mahupun lampu2 di dinding gua. Dari sini, kami perlu merangkak, menggelongsor, mencangkung, menyusur, meniarap dalam air sungai dan menyusup ke dalam lubang2 kecil bagi meneruskan "our difficult journey". Kotor dan basah ( dan juga terlanggar or terhantuk batu ) menjadi mainan sepanjang penerokaan bahagian terakhir gua ni. Hiruk-pikuk jeritan dan gurauan kami  memenuhi ruang gua. Sesekali bergema. Aihhh! meme gege lah bunyi! 
Sliding : Part ni best. Main gelongsor! fuyyoh! laju giler!
but awesome! hewwww! 




































Setelah berpenat lelah, membanting tulang dalam menjayakan journey tu. Akhirnya, sampai jua di penghujungnya... Bila sampai je pintu keluar gua tu, barulah rasa penat2 nya. hoho! We have succeeded in this mission! yeahhhh! Who would have thought, right ? HAHAHAHAHAHA! It's so awesome lah babe! 


Pictures of the most sweet and romantic that I could take.
Pakwenya caring bertanya makwenya. "Okay tak sayang ? Nak abang dukung?"
kehkehkehkehkeh!
Papanya sambut mamanya time turun sliding. Waaaa... romantik aih! 



The most interesting picture and make it as memorable.






















p/s : On the way nak balik, hehe sempat singgah beli durian tepi jalan. Tak boleh bau durian. Addicted kot! hohohoho! 









Tuesday, June 19, 2012

Happy Moment with my housemate

Photobucket



Hye guys. I want to ask some question. Awesome tak saya? hoho! Poyo lah kan. Eh, betul la. Saya memang owesome! Tak caya? Okay. No hal. *Lantak kamu lah!

Actually nya kan, kami satu rumah ni, dah lama plan nak picnic sama-sama. Hari tu, hampir nak pergi. But there is some problem. Tak ada transport!  Ada tu ada, motor laa... takkan nak g nga motor plak,kan? Kami2 ni perempuan. Tak elok lah kan.So, yang pergi tempoh hari tu. 3members only! Aku, myraa din, aen. Yang lain semua tak nak ikut. Sebab, kami pergi dengan member laki. Wawa punya bestfriend. Mungkin, awkward la untuk diorang ikut.Hurmmm..... Time tu join dengan budak rumah Meru sekali. 

So, hari ni,  Aku volunteer kan diri... sponsor kereta... Tak berkira pun! Bila lagi kan? Takut rumah ni makin berkurang. ( Sebab dua orang dah keluar dari rumah ni ). Plan asal, nak pergi pagi esok. Memandangkan diorang ada hal. So, pergi la petang tadi. ( Pagi tu, aku baru bagitahu hasrat ni kat diorang. Spontannya, dioarang cakap "jom sekarang!" Apa lagi. Terus gerak la! Booking kereta. Masak2 apa yang patut.Alhamdulillah, semua bagi kerjasama. )

Saya booked kereta saga blm. Takkan nak viva plak? 6 orang nak muat. Diorang ni bukan kecik2. Besar2 semua! haha! Kalau ada avanza, avanza aku ambik! hohoho! RM8 sejam. Okaylaa.. ( abang viva tu, hoh! kedekut hapah! sepatutnya nak mengorat aku. kene buat baik2, kan ? grrrrrr!
Kereta ni gilerrr! handbreak xde function! nasib baik tak langgar kereta belakang. Dan nasib baik aku cekap handle.


Inilah makanannya. Nasi goreng tu yang asalnya, aku masak untuk breakfast. Dah sayang tengok nasi banyak dalam periuk. Nampak macam membazir, so aku buat nasi goreng. Pastu, tambah bihun, sebab nasi goreng ada sikit. Ekspress kot time ni! Time ni, nak goreng bihun ni kelakar. Yang tu tak reti buat, yang ni tak reti buat. Aku pun buat je laaa... bantai je! HAHAHA! tak menjadi sikit. Lastly, pass kat aen. Biar dia tambah la apa yang tak cukup. Tinggal je kat diorang. Aku keluar g ambil kereta. Then, makanan yang lain-lain tu yang lain masak. Boleh kata siap seorang kene buat. Yang tu goreng nugget, yang ni goreng keropok, yang tu buat air. Hohoho! Bekerjasama!   


Happy faces.. Bukan senang nak cipta moment macam ni. hoho! kan ?


'

Hohoiii! Enjoy benor! Terasa senang hati tengok diorang gembira. Tapi sayang, rasa kekurangan. Waniey tak ada. Liana? hurmm, tak rapat sikit kot. Its okay.




Tak puas makan dalam air. Makan sambil main. Hebat tak ? hehehe... Korang tak ada nya.
Strategik kami pilih port. Ada taman permainan sekali! hahaks!
Lepas mandi main ni.. Best gilerr!  we seem likes "kanak-kanak ribena".
hahahaha!



Lepas tu kan, dalam pukul 6.00pm macam tu laa... Kami gerak balik ikut jalan Silibin. Tak lalu ikut highway, macam yang kami lalu masa nak g Chepor. Alang-alang tu boleh kenal hostel Sri Murni. ( nampak macam teruk je hostel tu ). Pengembaraan belum berakhir, kami singgah Taman rekreasi Gunung Lang. Hohoi! 



ALHAMDULILLAH.... Lastly, what I want, have already occurred. Berbaloi rasanya keluarkan untuk ini.



p/s : hey, I got my result for the last sem.. ( semester 2 )... But, I don't feel satisfied! Because I don't know how about my pointer! oh, damn! Why? Why? Why? I just know "PASS"! Kenapa tak bagitahu je. Tak senang duduk tahu! 







Monday, June 18, 2012

aku bukan perampas hak orang!

Photobucket


Alahai , agak susah kot jadi "orang ketiga"... wadus! wadus! wadus! ceq tak reti nak habaq cemana daaaa! Bukan style kawe nak rampas hak orang ni. Tapi yang pakwe kau tu layan lebih tu pehal plak ? Gatal gitu!...( mungkin salah aku jugak , layan je! ) ... Well! saya sikit pun xde hati kat pakwe awak tu! 

Terkejut jugak taw.. bukak mesej kat fb ada girl yang tak diundang tetiba text aku. Terkejut den baca text dia. Dah ni kenapa ? ( tu jue time aku fikir time baca text tu ). Kesian betul aku tengok perempuan ni. Serius kesian. Mungkin dia terlalu sayangkan pakwe dia. That why dia jadi macam ni. 

Kacau daun lah dia ni, tengah syok chating2 nih.. tetiba tesembul plak text dia. Aihhh~ 






kak oh kak! Meh nak bagitahu sikit. ( nampak kurang ajar je aku ni, dia dah la tua dari aku... aish! hormat! hormat! ) Kalau lah dia tu, betul2 sayangkan akak... tak mungkin dia main belakang akak. Lagipun siapa kak nak marah2 dia even dia tu selalu komen2 ke bagai apa nga girls lain. Akak dah nikah ke ? haha! Apa ada setakat nga pakwe makwe tu haa? Lain laa, kalau akak dah nikah dengan dia. Boleh la nak marah ke apa. Sebab dia hak akak. Halal buat akak. Dan wajib lah akak nak berbuat demikian. Tapi ni macam bodoh je! Akak tak malu ke..?  Kalau saya malu nak tanya macam akak tanya saya. Saya rasa, saya terlalu bodoh hanya kerana jantan tuh! Rasa macam diri tak ada maruah! Tak ada harga diri! Ini pada pendapat saya laaaaaa..... Saya takkan buat macam ni. ( walau pernah sekali saya buat macam ni.. cukup lah sekali!  )

Haaa... pasal relationship tuu ? hahaha! ( senyum sinis )... desperated gilerr akak nih! akak ni nak menunjuk kat satu dunia yang akak ada relations dengan dia ke apa ?  Serius aku tak faham bab ni! Nak bangga yang akak ada pakwe ? gituu ? hehhh! haram jadah! 

Huh! tak jadi aku nak pergi jogging! Kacau mood aku laaaaaa.........

p/s : jagalah maruah dan harga dirimu wahai wanita. Usahlah kau terhegeh2 nak kan si dia yang belum tentu ditakdirkan untukmu. Percayalah ALLAH SWT itu telah menetapkan diluhmahfuz siapa yang terbaik untukmu. Cuma cepat atau lambat. Thats all. Maafkan diri andai terkasar bahasa.






Physs Annual Dinner

Photobucket


Nak menguap sekejap! ( baru bagun dari tidur )... Pukul berapa ni haa? Eh, pukul 4:05AM laaa... mak aih~ orang lain tengah diulit mimpi. Kau diulit apa ? diulit rindu mungkin... rindu siapa ? ehemmm.... sibuk je! hahaha! Best nya time mcam ni layan Suria.fm.. ( jiwang gilerrrr! )

Lets straight to the point. Nak cerita ni haaa about our annual dinner ni haaa... Nak kata awesome ni , macam teragak-agak nak cakap. Sebab makanan dia macam tak berbaloi! Dah laa hidang air kosong jek! Bazir aku bayar mahal-mahal... RM50 tuuuu! Mungkin mahal sebab nak sewa hall tu kot... standard hotel kan. But, its okay lah jugak. Agak sedap la makanan dia. Alaaa , chef yang ada class yang masak.. Of coz ah kan~ ( eh, memandai je aku )... 

Tapi kan.. Tapi kan... I'm so ashamed la malam tu. Tak tahu kenapa. Sebab I tak suka sangat pakai dress2 macam tu. Tak suka taw! I lebih selesa pakai t-shirt tang seluar jeans gitu. Tu lagi selesa. Tak ada belit sana, Tak ada belit sini. Ni haa, rasa macam balut nangka je! aishhh! Lagi satu, mekap tu haa! pakai eye shadow , blusher , gincu , eye liner,  foundation bagai tuh.. ( tak pakai bulu mata palsu lagi )Wah! tak percaya itu aku! Mana taknya, selalunya aku keluar cukup lah touch up nga bedak dan lip balm. Natural beauty gitu. ( heeh , ko tak cantik pun cik saa! jangan nak perasan! ). Tang ni I agak malu lah sikit. "hah! cantik pun kau! Ni baru okay. girl girl gitu.. xde dah jersi or tshirt tang seluar jeans macam style laki" ... "Muka tu ayu mekap "....  OMG! malu lah dipuji puji gitu. ( dalam hati berbunga.. haha! ) Haaa , yang ni plak.. Aiman text aku " comel saa male ni, baju pink2 gitu... tang lek cu tu pentim! Meroh bibir. comel saa comel ".. Ayat ni menganjing!!! rasa nak tumbuk sepak je.. ( nasib baik ko xdak depan aku. kalau tak, mampuh! lebam mu! )...

Aturcara majlis ni, hurm.... I LIKE IT! hos majlis pun sempoi je! haha! Boleh  tahan nak gelak laa... Persembahan pun okay. Tapi ada laaa jugak yang buat aku agak menyampah. Hahaha! "Najwa Latif" nyanyi lagu kosong-kosong tu haa... kahkahkahkah! bapak gilerr ah! tak tahu tang mana yang buat aku nak gelak sampai pecah perut. Terpaksa stop makan jap. Kan tak pasal2 tersembur makanan. Sampaikan Tasnim blah dari hall tu. Katanya, padat taik telinga dia.... hehehehe... hok lain tu bereh laa,... 

Time diorang sibuk layan persembahan tu, bergambar sana sini. Aku buat apa ? Makan, makan , makan, dan makan. Rugi plak tak bawa tupperware. Kalau tak boleh tapau makanan tu! rugi! rugi! HAHAHA!


Apa-apa pun tak boley.. eheh, gedik! Erm, majlis ni diakhiri dengan lagu I'm yours.. Part ni ohsem giler lah tengok! Bravo lah diorang ni! Eh, lupa nak bagi tahu. Pemenang untuk "prince" and " princess untuk physs annual dinner. The Prince is Leman.. ( nama sebenar ap ? ). And the princess is ............. CIK SAA! caya tak ? caya tak ? haha! please believe it. ( poyo ) HAHAHAHA! Okay, its not me. Akak sem4 yang dapat. Glamour giler kot dia....! 

Apa lagi haa nak cerita? dah tak ada apa-apa kot. Nak tidur semula rasa tak mengantuk. Mana tak nya , malam tadi studo... Tetiba pukul 3 tadi tersedar. Demam bola mungkin! 

p/s : Kesian ayam belanda aku,... Hangit! Lupa nak angkat... HAHAHAHA! bye Holland, Belanda, Netherland, Dutchland, Orange... Jumpa lagi untuk 4 tahun akan datang. 







 
Copyright © 2020 CIK SHAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.