Sunday, July 21, 2013

Mood Disaster

Photobucket



Alahai ni kenapa teruk semacam blog aku ni? Dah bersawang dah abah kau. Semak banyak. Berhabuk!

Lama giler tak menaip. Aihhhh , sibuk sangat gayanya . hahaha. Sangat. Padahal tak ada lah sibuk mana pun. Cuma malas nak karang ayat. Lagipun, apa yang aku buat kemana aku pergi semuanya dah tertulis. Ya, dah tercatat . Segala-galanya di TWITTER  . 

Kejappp. Ni aku rajin tetiba nak update kenapa entah. Tetiba macam rajin nak menaip. haha okay la. Sebenarnya, lani aku ada masalah. Teruk sangat masalah ni. MOOD DISASTER. uihhh! kronik ni tahu. hmmmm

hmmm biarlah hati berbicara untuk seketika. Itu lebih baik. Selamat meniduri diri sendiri. Selamat malam dan assalamualaikum .




Sunday, March 31, 2013

A great birthday surprises ever

Photobucket


Before I starts story about my prank birthday, I want to says "Thanks a lot" to peoples that wished birthday to me. And, to dia dia dia dia dia dia dia dan dia yang terlibat buat prank birthday tu. Harharhar !  
p/s : Poyo macam retis je! hihi 

Okay. Lets straight to the point. Ehemm, benarlah kata pujangga "Allah turunkan hujan, rupa-rupanya ada pelangi yang indah selepas itu" . YES! thats true. Last week, Allah menduga perasaanku. Membuatkan kurasa kerdil didunia ni malah rasa macam dipermainkan bila mereka berahsia denganku. Now I can smilesssss. Smiles as I can ehh sampai bibir ni melebar tahap maksimum. hahaha. Dalam tawa ada tangis. Bukan tangis duka okay! Tangis GEMBIRA , TERHARU . 

First of all, pandai yerrr baby a.k.a Shahril ajak makan la apa laa. Syukri member dia pun follows sekali. Rupa-rupanya dia dah berpakat dengan my housemates! Ayyyooo... Pandai ahh , tipu itu tipu ini. Haa ini makan dia ! 
Bila kejar tak dapat. Pastu lari masuk dalam kete then kunci. Okay! Haaa.
Ini makan dia! hahaha habis kotor cermin kete kene sapu dengan telur+tepung.

Its a great moment for my birthday. Kene tipu, kene simbah dengan air sejuk ngan housemates, kene baling telur dengan tepung dari members fairpark. Kene kejar dengan anjing time kejar baby sebab nak balas dendam kat dia. Surprised cheese cake ahaa. Pastu mereka masak itu masak ini. wah wah wah . Betul betul party laa. Kalahkan birthday budak! hhahhaha but I really love it guys! Thanks a lot! 

Sobs sobs sobs . Finally, for the first time birthday aku dicemari dengan tepung dan telur. Air sejuk tu boleh terima lagi . HAHAHAHA ! By the way, thank you very much geng fairpark Fana, Jat, Aaisyah, Nad baling tepung dengan telur tu. Hmm  its okay ! Bila hari aku siap lah korang! haha. 

My beloved housemates
My housemates. Yana dan wawa turut serta. 
The guys that make a pranks my birthday. 
Thanks for this guys! Hahaha looks creative.  I love it. 
I'm crying ? Lol. haha
The guys yang bawa birthday girl 'lari' dengan baby putih tu ahahahaa
Syukri and Baby

TERIMA KASIH SETULUS DARI HATI INI KERANA MEMBAHAGIAKAN HARI ULANGTAHUNKU YANG KE-20. (29 March 2013)



Monday, March 25, 2013

No more hard feeling...

Photobucket


Hahahahahaha! gelak untuk diri sendiri! HAHAHAHA! (gelak guling guling. Ketuk ketuk kepala. Tampar tampar pipi. Hentak hentak kaki. Bullshit semua! Bodoh! Bangang!) Kenapa lah aku bodoh sangat! Sejarah berulang tetapi in different version. Hadusss! 

Tak tahu nak mula cerita dari mana. Sudahlah janggal rasa nak menaip. Mana taknya, jarang sangat guna lappy sejak pakai smartphone. Puii la! haha

First. Kenapa aku ulang semula kesilapan aku yang dulu? Kesilapan menyayangi orang yang tak layak untuk disayangi. Kenapa haa kenapa? *Bodoh laa semua ni!* Pulaknya, gila apa aku sacrificed untuk dia. Celebrated birthday dia yang paling kelakar aku buat. Beli hadiah. Teman dan bawa dia ke hospital waktu dia demam. Pastu sanggup beratur panjang nak ambik ubat untuk dia. Ahhhh! Banyak lagi moment yang memang aku tak nak ceritakan kat sini! Kerana sayang seribu kali sayang aku sanggup buat apa sahaja. HAHAHAHA!

Second. Selalu perasan sensorang dengan kata lain gilo sore. Kenapa aku bodoh sangat. Aku tak sedar ke yang dia sememangnya sweet talker gitu. Kasanova. Tak nampak ke bodoh!? Meksaa! Kau tak nampak ke semua tu? Sesungguhnya kau memang gila lah meksa! You are loser! Loser kau tahu loser! Manakan selama ini aku okay je bila faces dengan lelaki sweet talker. Malah aku ikut je rentak diorang but there are no hard feeling. Tapi kali ni kenapa? Kenapa aku boleh jatuh hati dengan senang gitu? Kenapa? Arghh! ternyata cinta itu sememangnya buta! 

Third. Why la aku tak dapat tangkap dengan apa yang sedang berlaku haa? Walhal, hint ada didepan mata. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Bongoknya aku! Bodoh sangat! Kalau tak kerana semalam aku keluar dengan Bismie ni. Sampai mati aku takkan tahu! Hiduplah aku dengan dunia khayalan yang aku cipta sendiri. Dunia yang paling bodoh aku cipta! harharhar! Dengan satu persoalan yang aku utarakan kat Bismie. One by one the problem that they hide from me. I'm already know. Itupun aku paksa!!! Huh! Dek kerana terlalu jaga perasaan aku. Korang sanggup hide semua tu dari aku? Tapi sampai bila weayy? Sampai bila? Tahu tak better tahu dari awal berbanding aku tahu dikemudian hari. Jika dari awal aku tahu, mungkin sekarang aku tengah bahagia sekarang ni. 

Forth. Dan apa yang aku tak boleh nak terima, why laa myra aen tak bagi tahu aku! Housemates kottt! Sudah la selalu keluar bersama, lepak, makan. Kenapa tak cakap!? Kenapa tak cakap awal awal weay yang korang tahu semua tu! Kenapa!? Dan kenapa tak bagi tahu direct apa yang dah jadi.  Kenapa nak berkias? Tahu tak, berkias tu can give a thousand meaning. Tahu dok? Grrrrr... saya geram ko sep awok! Sayo geramm! Malas baikkkk! Sampai hati sep awok buat gini ko sayo. How could you are! How could youuuuuu! Blerghh! Agaknya sep awok suka kalih tengok saya hidup dalam dunia khayalan yang bodoh tu! 

Fifth. Ini memang teragak agak la nak terima. Eh memang aku tak boleh nak terima! Harharharhar. Mati mati aku diperbodoh! HAHAHAHAHAHAHA! Bodohkan? Kau atenn! Patut laa dengan tiba tiba kau tanya khabar aku. Puiii laa! Puiii! Pastu pulak kau sebok nak tanya pasal aku dengan maod tu. Hah! Kenapa aku boleh tak sedar haaa? Kenapa!? Kenapa aku tak sedar!!!!? Aten couple dengan Maod? hahahaha! Lawak siaaaaaall! Lawak wey lawak! Mengalahkan lawak ke der!

Sixth. Kenapa kau baik dengan aku secara tiba tiba ni wahai Ateen?? Kenapa ateen? Kau tahu tak cemana aku cuba nak berkawan dengan kau setelah melihat kau dipinggirkan oleh classmates? Kau tahu tak? Aku kesian kau aten. Aku perasan kau tiba tiba jadi pendiam. Aku pun pelik tetiba kau macam walhal kau seorang yang peramah. Tapi tak sangka apa yang berlaku tiba tiba, ni hanya dusta belaka! Dusta! Baru aku faham kenapa kau jadi terlalu baik dengan aku. Sampai nak belanja aku itu ini. Oh? rupanya kau nak beli aku dengan duit kau? Pergi mampus lah kau aten! Cukuplah mereka kena dengan kau kini aku pula mangsanya. Hmm by the way terima kasih aten. Harap kau faham cemana layanan aku lepas ni. Pandai pandai lah kau hidup. Memang patut kau rasa macam tu.

Seventh. Apa yang berlaku ini semua kebetulan! Oh baru aku faham kenapa hati aku lately ni rasa sangat lah crowded! Rasa macam nak pecah sampai aku terfikir "There is something bad gonna will happen?" Aku ingatkan kenapa hati jadi macam tu sebab arwah ayah kawan aku meninggal. Tapi tak, esoknya masih rasa lagi crowded dihati ni. Sampai la aku tergerak hati nak buat Mobile Internet pastu pegi buka instagram. "Ahhh! apa ni???" Terkejut aku tengok gambar diorang. Terkejut weay! Terkejut! Tahu tak cemana perasaan aku time tu? Tahu tak!? HAHAHAHAHA! bodoh!

Allah sayangkan aku. Thats why dia buat hati aku rasa mcam tu. Rupanya ada berita yang Dia nak sampaikan. Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui dengan apa yang berlaku. Terima Kasih Ya Allah. Semoga apa yang berlaku dijadikan pengajaran untukku di kemudian hari.

Okay. Kini semua rahsia yang mereka sorokkan sudah aku ketahui. Walaupun pahit ku telan jua. Selama mana pun korang sorok, akan terbongkar jugak. Hahahaha!

Lepas ni, I wish there is no more hard feeling! Sudah laaa. Aku penat main dengan semua ni. Mereka sweet talker? Aku pun boleh! Nak main gitu. Bolehhhh! But pandai pandai laa mengkome hard hard hati tu! haha! I'm play better than you! Beware!


All praise to Allah. Thanks for what happened. Please gimme strength............





Wednesday, January 30, 2013

The truth of Happy Ending

Photobucket

Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..
"..kita putus.."
"..sampai di sini.."
"..tak ada jodoh di antara kita.."
"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."

Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )
Hubungan pula saya bahagikan kepada dua:
- Hubungan yang diredhai (dah nikah).- Hubungan tak halal (belum nikah lagi).

Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.

Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.
Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi.

Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa.

Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma.

Fahami konsep Tawaqqi.

Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."

Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.

Cinta bukan milik kita. Setiap perpisahan tidak sia-sia.Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu.
Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata,,,insyaAllah.♥




Tuesday, January 29, 2013

The "best" posting

Photobucket

Hai brader! Hai sista! Hai adik! Hai Lee Min Hoo! Haaa, hai eberibodi ! haha! (ehhh.. Nak membebel apa haa

Actually lah kan, aku ni tengah berposting. Kat mana? Kat Hospital Pantai Kolumpo.(eleh action lebih) Tahu tak letak kat mana? Alaaa, dekat Bangsar berdekatan jugak dengan University Malaya. Uish! Tak tahu lagi? Nanti nampak bangunan tinggi apa namanya, Menara TM! haaa.. situlah! 

Harharharhar! Bajet semua tu! Bajet! Berlagak posting dekat Hospital Pantai (poyo) walhalnya terdampar kat sini. Oh shit! Damn! 

Now, I'm at Subang Jaya SS15 beredekatan dengan Subang Avenue dan Subang Parade (okaylaa, tak dak lah hulu ponggg) Tapi duit buleh habis sokmo, kalau tak kuat iman. hehe

Before start hari posting (21/01/13), malam tu kemain aku semangat! Tempat tinggal? No need to worried. Sebab boleh je stays hostel UM. hehu! Transport? No problem! Taxi ada. Alahai berapa lah sangat dari hostel UM pergi Hospital Pantai tu. Just only RM3 cukup laa aku dengan membe aku. Pergi aku bayar, balik dia bayar. Haa, adil! 

First day posting tu kan, malam tu aku dengan member aku, Aen stayed hostel dekat dalam UM tu. Tumpang bilik hostel sepupu aku. Wow! awesomeee biliknya. Bilik luas, katil besar waaa cukup lah keperluan untuk seorang students. Atas katil tu, aku kongsi tidur dengan Aen. Sepupu aku pulak dengan membernya. hehe! Lenaaa tido! 

Ahhh! Tapi itu semua untuk seketika cuma! Plans tinggal plans. Huh! siottt je! Nak je aku ketok kepala sorang sorang! Sape suruh buat aku bengang macam ni. Blerghh!

Pagi tuu, memang bad mood sangat. Dengan keadaan aku yang tak berapa nak sihat. Memang tak lerrr! Alih  alih, pratikal tak start lagi. Just buat kelas untuk seminggu. So, tak payah cakap banyak kami kene pergi Subang Jaya. Nasib baik tambang taxi boleh tahan jugak laa. RM15 dari UM ke Subang Jaya SS15 ni. Okay la, divided by two. hehu!

Yang ni aku nak melenting sikit! Keadaan rumah, keadaan bilik tempat yang aku terpaksa kene stays for a several days. Bilik yang aku tompang lelap mata tu, hmmm ada tiga katil single dirapatkan. Shared untuk 4 orang. Datang aku dengan Aen share pulak untuk 6orang. Bilik pulak sempit giler! Bag pakaian parking bawah katil je tak ada spaces kot. Lagi pulak, bilik tak dak tingkap! Hanya ada satu pintu keluar masuk. Tak ada safety langsung! Panas tak panas macam tu laa, nasib baik ekon still jadi. Keluar hawa sejuk sikit sikit. Memang crowded! Bayaran? RM12 satu kepala untuk sehari! Gila vavi! Baik duk hotel kalau macam tuuuuu.

Yang ni pulak tak enak didengar. Rumah tu dah berapa kali di rompak! What the hell!? Yang owner tu pun tak reti reti ke amek inisiatif buat something kat rumah tu. Okay kalau korang nak tahu dinding dekat depan rumah tu tak rapat pun dengan siling. Kalau tak perhati tak nampak sangat sebab terlindung dengan atap. Kalau tengok betul betul. Gelohong! So, boleh la orang keluar masuk dengan mudah. Pulaknya, rumah bangla kiri kanan. Bengong! 

Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat, Selasa. 5 hari dah "posting"! Tahu tak dalam 5 hari tu buat apa? Nak tahu? Hahahha! Honeymoonnnnn! Kome ada? tak dakkkkk.... Kami je ada! 



Best gilerrr posting! The best experiences that I never had for a long times! Fuyyyooo! Kome tak ada! kome tak ada! HAHAHA! Online, sembang, lepak, tidooooo, tengok movie. Serius best! (padahal)

Memang aku bayar mengaji mahal mahal pastu praktikal macam ni. Memanggggg! Memangg untuk ini! 


p/s: Actually aku melenting dalam ni jaaa. Kat luar watlek! Haha! Think positive bro! Thinks positive! Lives lives for the life! Hidup biar cool *hmmm* 





Monday, January 28, 2013

Saatku rasa goyah

Photobucket

Alhamdulillah. Usai sudah solat zuhur hatiku sedikit tenang. Ya, solat make your heart feel cool and calms. Kawan-kawan mari kita layan lagu ni......


Rapuh by Opick




Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
DiriMu yang bertakhta

Haihhh, syahdunya lagu ni. Bila sedih cenggini, pastu pulak layan lagu ni. Allahuuu..... Korang rasa lah sendiri bagaimana rasanya. Bertitis titis airmata mengalir. 

Ya diriku kini mula rapuh, mula goyah. Rasa begitu hinanya diri ini dimata Mu , Ya Allah. Saat ku bahagia sedikit sebanyak aku lalai dalam mengingatiMu. Saat aku berduka derita sebegini diriMu lah yang kucari. Meminta ketenangan hati, memohon petunjuk dariMu, momohon keampunanMu. 

Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Sesungguhnya aku hilang kata kata saat ini. Semoga Engkau mengerti perasaan hambaMu ini. Ku mohon padaMu.

Pagi ni mak telefon. Allahu syahdunya dengar suara mak. Pesan mak. Kata kata mak. Oh mom you make me cry mom. (Nasib baik ma tak ada kat depan. Anak mu ni tertitis air mata

"kito buke ore berado ,buke ore mewoh banyok pitis. Sada seda lah kito hanyo ore biaso biaso. Ma bui duit tu wat mu belaja. Panda panda lah guno." 

"Teko buleh belaja ni belaja lah molek. Mu tak dok pitih oyak ko ma, ma bui. Nati ma tak dok sek sok, takdok doh ore nok tolon mu. Nok harap ko kakok abe abe, sek dio pun ado tanggungan...." Serius ayat  ni tertusuk dalammmmm. Jauh kedalam hati. Maaaaa 


Allahummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhuma kama robbayyani soghiro.

"Ya Allah, Ampunilah dosa dosaku serta kedua dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."


Perasaanku bercampur baur. Sometimes, I need someone to be with me. Someone who cares about me. Someone can cherish me. Someone who always stay by my side when Im at the worse condition. But its just in my dream. Angan semata mata. Tapi mana nak cari someone ni? 

Getting worse day by day. Ya Allah, please gives me strength. 



*Suasana petang yang hening menghibakan lagi suasana. Aku goyah! I'm not strong to lives for this life......





 
Copyright © 2020 CIK SHAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.