Saturday, June 25, 2011

Karangan Perihal diri dan Kerjaya

Perghhhhh! 
lastly, siap jugak esei ni. Mana taknya! 
asyik bertangguh-tangguh! nak daftar tak lama lagi daaaa.. 

Ni haaa! esei untuk UniKL! 

Saya NorSyarmimi Bt Sallehudin juga merupakan anak ke-7 bagi pasangan Sallehudin Bin Hamid dan Siti Haliah Bt Deraman.Saya dilahirkan pada 29 Mac 1993 bertempat di Kampung Kubang Golok,Bachok,Kelantan iaitu dirumah tempat saya dibesarkan.Saya mempunyai 3 orang abang, 3 orang kakak dan seorang adik.Kesemua kakak saya dan 2 orang abang saya telah berkahwin. 

Didikan dan pelajaran amat penting dalam kehidupan seperti mencorakkan kain putih menjadi secantik sutera.Dengan pegangan itulah saya pertama kalinya dihantar ke sekolah tadika KEMAS ketika berusia 4 tahun.Seterusnya bapa menghantar saya ke Sekolah Kebangsaan Kubang Golok bagi melanjutkan pengajian sekolah rendah.Sewaktu Ujian Penilaian Sekolah Rendah saya memperolehi 3A, 2B dan terus melangkah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok.Sekali lagi saya berhadapan dengan peperiksaan besar bagi sekolah menengah rendah iaitu PMR dan kali ini saya berjaya mendapat 6A,2B. Saya bersyukur dengan pencapaian itu kerana melepasi target saya.Untuk menambahkan lagi pengalaman hidup saya sebagai seorang pelajar sekolah , saya menyambung lagi pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1) bagi tingkatan 4 dan 5.Bertemankan semangat dan perjuangan serta sokongan daripada tenaga pengajar saya berjaya memperolehi keputusan SPM yang baik.

Aktiviti yang lasak menjadi minat saya seperti permainan hoki dan olahraga.Permainan badminton juga menjadi peneman saya dikala lapang selain membaca novel dan melayari internet bagi meningkatkan pengetahuan saya.Saya mempunyai perancangan dalam membina tahap pendidikan yang lebih tinggi.Menjadi seorang yang kreatif serta inovatif  dalam mengimbangi diri dari segi jasmani dan rohani serta berintelektual untuk membina personaliti yang lebih hebat dan berketerampilan.

Dalam aspek kerjaya pula saya melihat kepada ruang yang lebih luas dan ingin mengecapi kerjaya yang profesional dalam sektor awam mahupun swasta.Saya ingin menjadi seorang insan yang berguna dan seorang anak yang cemerlang dalam membina kerjaya sebagai seorang ahli fisioterapi.Kejayaan yang datang itu adalah hasil usaha keras saya itu dan  berkemampuan untuk mengecapinya.







Friday, June 24, 2011

i-City kini lebih MENARIK dan TERTARIK!

Baru-baru ini , aku ada singgah kat i-City tempat yang
femes dengan dunia lampu pelbagai warna uh!
perghhh~ 
i felt shocked when i stopped there!
the place has changed dramatically!

Ini adalah kali ke-4 aku ke situ!
dah banyak berubah der!
terpegun aku di buatnya! pengunjung2 pun ramai gak!
bukan setakat local2 ni je , overseas pun ada!
cayalah! Malaysia dah maju!

Masih aku ingat time tempat tu mula2 bukak dan first time aku ke situ. 
Tempat tu di buka pada tahun 2009 tak silap aku la. First year aku sekolah kat Putrajaya.
Dulu semua free taw! Parking kete free.
Masuk rumah salji or anywhere u wants check in , free! tak payah bayar!!
tapi nak makan tu memang kene bayar la sebab dalam tu 
ada restoran. Agak banyak la jugak restoran kat situ.
Harga makanan tu pun , ehemmm NO KOMEN! 
tepuk dada tanya selera.
Boleh katakan bila pergi time tu , memang beruntung giler lah! 
dapat ambil gambar ,banyakkkkk! nak posing cemana pun tak payah nak malu2! Boleh je!
 sebab time tu kan mane ada orang sangat! tempat baru kan..
  

Tapi sekarang dah berubah! 
nak parking kete RM10 (cuti sekolah) , RM5 (hari biasa)
Pastu , nak masuk Snow House kene bayar gak!
tak silap aku RM5 untuk dewasa , RM3 untuk kanak-kanak.
tempat yang ada menatang dinosour , zebra , tiger dan banyak lagi lah!
tu pun kene bayar gak! harga tak tahu laa sebab tak tengok.
sekarang ada yang terbaru!
SNOW WALK! 
fuhhh! Best je tengok! aku ada masuk dalam tu ,
tapi xde la kat dalam yang ada salji tu..
sebab nak masuk tu kene bayar RM25(dewasa) , RM 20 (kanak-kanak)
harga pun tengok la! agak berbaloi jugak la kalau nak masuk tu.
sebab dia ada sediakan kelengkapan macam orang nak maen salji.
so , agak best la! tak rugi la kalau masuk!.
Hari tu , aku nak la masuk jugak! tapi xde duit laaaaa....
kakak aku pun xnak belanja! kesian giler! sob3!! 


dalam bangunan SNOW WALK

Haaaa, bukan tu aje yang terbaru!
banyak der!!! 
Macam Macam ada! 
Permainan kanak-kanak.
nak naik kuda pun boleh tapi semua tu kene bayar la.

lagi satu , dulu gerai-gerai jual makanan xde..
sekarang dah ada lah! tapi makanan tu macam hot dog , nugget gitu lah!
makanan2 yang merepek gitu! cemana en?
tapi aku agak was2 lah nak beli makanan-makanan tu ,
sebab yang penjual pom, sekali aku tengok 
macam orang cina ,sekali tengok macam indon ,india pun ada.
kekeliruan identiti! hohohoho!
so , kualiti makanan tu pun mesti diragui kan! ?
air pun , nak beli rasa takut gak!
takut diguna diorang air paip! 
perghhh!
alamatnya , tujuh hari tujuh malam lah aku sembelit!

apa-apa pun , kalau nak pergi kat i-City dan nak merasa semua benda yang ada kat dalam tu..
memang kene pakai duit banyak lah! 
ni aku pergi dalam minggu lepas!
so , tak tahu lah pulak nanti banyak yang berubah!
harga-harga pun mungkin naik jugak!
iye la! tempat tu boleh dikategorikan tempat yang ada kelas taw!
sebab idea nak buat benda tu (lampu-lampu LCD pelbagai warna)
 di copy paste macam kat overseas tawwwww!
hohohoo!

so , ENJOYLAH kepada mereka yang baru nak pergi tu..
p/s : bila la , pilak aku boleh pergi. nak tengok perubahan terbaru yang ada kat i-City.

 
Copyright © 2020 CIK SHAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.