Tuesday, March 25, 2014

What a blissful day.

Photobucket


Dan Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang nyawa nyawa ikan ini dan awak stalker dalam diam. Alhamdulillah, All praises to Allah for this soul and we are still alive today. Thank you Allah. Before that al-fatihah to passengers and krew Malaysia Airlines MH370. Allah loves you more. Salam Takziah untuk mereka terlibat. 

Yang hidup teruskan hidup. Mencari mengutip segala amal hidup, penuhi ilmu didada, menunaikan tanggungjawab demi kelangsungan hidup yang terkadang bahagia dan derita seketika.

Yang mati. Moga aman di alam sana. Al-fatihah ku sedekahkan........

Bertafakur.

Dont forget Allah by Farid Sanullah berkumandang di radio Era.fm.

Allah. Kerdilnya aku dimataMu. Hinanya aku disisiMu. 



Three of cars in front of my house. Lagi satu jauh parking.
Riang hati menyambut kedatangan mereka tatkala diri menanggung sakit pembedahan derita merindu . Tiada perkara yang mampu membahagiakan hatiku. Untuk ketika ini. Fikirku, mungkin sakit pembedahan lalu tidak akan diambil peduli terutama keluarga. Sangka aku cukuplah only two my sisters and ayah saja tahu. Tapi tidak. Jauh sekali. Mereka tahu. Mereka cuba untuk berkongsi kesakitan yang aku alami. Allahu. Maafkan aku. Terima kasih Allah. Dari jauh mereka menahan penat untuk sampai ke sini. Bertemu aku. Mendengar cerita aku. Sakit aku. *menangis*

Walau sekejap berjumpa bertemu mata dengan kakak kakak si kecik tapi bermakna. Meriah rumah sewa sini dah macam kat rumah ayah ma kat kampung dah. Berkumpul reramai. Terima kasih. Moga semua dalam RahmatNya. Allah. Selamat tinggal kalian. Kini, tinggal ma ayah adik bermalam disini. 
The half of my family. 
What a grateful night when sleep with ma and ayah. Tidur bersama diruang tamu dengan mereka! Allah, terima kasih nikmat ini. Aku masih dapat tidur bersama ma yang melahirkan aku ayah yang menjaga kebajikan aku. Alhamdulillah.

Dan pagi tadi, pulang lah mereka. Selamat jalan ma ayah. Drive safe ayah. Semoga selamat sampai ke rumah kita. Nanti tunggu anak ini balik untuk sedikit masa lagi. Tunggu.

Sebak. 

Termenung.

*Hummosa hummosa aise tu sei tu mai taa (Fon berbunyi beberapa jam lepas ma ayah balik)

WHAT?! Oh goshhh! Mimpikah aku?

Lama benar tidak mendengar khabarnya. Dia yg mencuri hati suatu dulu. Dia yg menghancurkan hati ini jua. Tapi dalam diam aku merindu. Namun, kau dan aku takkan bersama. Sebab kau hanya crush aku dalam diam hahaha. Aku takkan luahkan yg aku suka kau!

Ya Allah, what a great morning. Dia okay sahaja. Banyak bertanya akan kesihatan aku. Perkembangan hidup aku. Dia masih seperti dulu. Masih lucu. Masih koya. Masih caring. Cukup 10minit on the call dah membahagiakan aku.

Dia tak ingat nombor aku tapi still usaha call aku.
Terima kasih his bestfriend baby a.k.a Shahril bagitahu keadaan yg sakit ini.
Ya Allah, actually what a really things that you want to shows me? Dia tahu ke aku sedang merindu dia? Ya sebelum dia call aku. Aku tengah stalk instagram dia. Instagram yang berbulan bulan tak up to date. And then, stalk instagram girlfriend dia. Elok tengah tilik gambar sweet together dia dengan girlfriend. Bunyi fon. DIA CALL! DIA CALL! DIA CALL! (Kalut. Gelabah. Koya cool

Okay. Cool. Hahahaha. Panggilan yg ditungu-tunggu.. Thank you.

Tapi, aku lupa. Aku lupa nak ucap SELAMAT HARI POLIS.

Lepas tu aku send text message. Ahhh NOT DELIVERED! 
Could not send is the first day dia kat sana.
Not delivered sebab dia off handphone.

Dan lagi sekali....
Moga dalam tiga hari ni dia on handphone.
Dapat baca wish tu. Tanda ni  yg kuharap naik kat situ.

Oh Allah what a blissful day. Thank you Allah for everything. Thanks  make me  happy. Thank you.


p/s: Alhamdulillah hari ke-6 lepas post op aku dah dapat sujud dengan baik tanpa menahan sakit dekat telinga. Aku dapat solat sepertimana yg sebelum ini. Dapatlah bersujud lama. Allah, Alhamdulillah. 

p/s: Makin bertambah rezeki kali ini. Alhamdulillah. Dan ayah bagi permission boleh guna kereta untuk posting dekat PMC, Kedah nanti. What a great life! Oh Allah, thank you. Alhamdulillah.


Friday, March 21, 2014

Derita aku, hanya aku merasa.

Photobucket


Salam sejahtera. Lama benar tidak bersua. Lama sangat tidak menaip. Semua jadi kekok. Janggal. Disini aku muncul untuk menaip mencatit serba sedikit perit jerih derita hidup moga menjadi penguat semangat untuk aku dikemudian hari dan juga kepada mereka yg punya penyakit yg sama dengan aku.

Dipendekkan cerita. Aku tidak tahu apa penyakit aku. Yang aku tahu aku pekak sebelah. Mild hearing loss at the left side. Sometimes bleeding. Ada nanah. Apa yg aku buat? Didnt care about it. 

Symptom ni dah lama. Sedari aku kecik lagi. Semua orang buat endah tak endah. Ma? Ayah? Kakak? Abang? Ahh apa yg mereka tahu. "Pekok la dio nih". "Mu dengar ko dok?" . Ya Allah, hanya tuhan saja mengerti perasaan aku ketika itu. Dalam diam aku menangis tiada siapa yg tahu. Memang waktu aku kecil dulu aku aktif macam macam buat sampaikan batang kayu aku masukkan dalam telinga. Waktu kecil tu mana aku ngerti. They didnt taking care about me until now sampaikan aku besar. Dorang tak adanya nak bawa aku jumpa doktor. Tak ada. Perit.

Sampaikan satu hari aku pratikal kat Hospital Taiping. Miss Praba tahu aku ada problem. Dia yg paksa check. Itu sebab dia rapat dengan doktor pakar. Minta tolong dia. Ya Allah, aku takkan lupa saat itu. Miss Praba, baru kenal seminggu banyak sungguh pertolongan dia. Bawa aku ke klinik. Pergi farmasi. Kat situ jugak aku menangis. 
I owe you Miss Praba. Thanks for everything what you did.
Dari Hospital Taiping ke Hospital Ipoh aku follow up. Doktor bagi ubat reduced bleeding. Hilangkan nanah. Buat arthroscopy. Ujian pendengaran. CT Scan. Sendirian aku laluinya. Alhamdulillah berjalan dengan baik semuanya. Tapi aku tak tahu final diagnosed apa.
Ni la kuman yang ada kat dalam telinga.
Allah, takut tengok keadaan dlm telinga aku begini rupa
Maka tiba jua tarikh yg seperti dijanjikan. 19/3/2014.  Setelah hampir 4 bulan follow up. Ulang alik pergi hospital. Menunggu dan menunggu. Malas nak bertangguh. Taknak buat kat Kelantan. Biar je buat kat sini. Kat Ipoh. Sakit aku biar aku merasa. Biar aku yg tanggung. Buat operation ni pun ma tak tahu. Ayah je tahu. Tu pun terpaksa lah jugak sebab kalau tak bg tahu mna aku nak dapat duit kalau ada apa apa. Pastu kakak dua orang je tahu. hmmm 

Okay. Before masuk OT kononnya kuat tak nak menangis. Cool. Relax. At last, bila terbaring atas katil. Doktor kiri kanan. Ramai. Lampu kat atas tu. Keadaan tu menakutkan buat aku menangis. Menangis. Menangis. Bacaan selawat ayat ayat al quran tak mampu tenangkan aku saat tu. Yang aku tahu TAKUT. Dan MALU sebab dorang selak pakaian aku nak letak red dot bantuan pernafasan. Malu. Dalam pada doktor tenangkan aku perlahan lahan aku tidak sedarkan diri. Mereka bagi aku general anathesia buat aku tidak sedar apa apa.

Perlahan lahan ubat bius hilang kesan. Perlahan lahan aku buka mata. Allahurabbi. Sakitnya. Peritnya. Yang aku ingat waktu itu. Mati. Sakit yang tak tertanggung. Perit. Nak telan liur tak mampu. Tiub masih lagi kat hidung. Sakit yang teramat. Aku tidak sedarkan diri semula. Sampai lah aku terjaga dah dipindah wad. Pembedahan 5 jam tu cukup buat aku rasa peritnya jadi pesakit. Kata kata semangat tak mampu menenangkan mereka yg melaluinya. Ya benar. 

Sakit yg tak terluah dengan kata kata.
Lepas beberapa jam post op. Nak makan susah. Bangun apatah lagi. Pening. Nak kencing susah. Waktu aku tak tahan nak kencing. Usaha bangun sendiri. Aku nak harapkan siapa? Tiada siapa siapa disisi aku waktu tu. Ini plihan aku. Aku harus kuat. Waktu aku cuba bangun sendiri , nurse nampak aku. Dia yg tolong aku. Nurse yang hamil datang bantu aku. Tolak aku dengan wheelchair bawa aku pergi toilet. Pening kesan ubat bius tak yah cakap la cemana. Allah, kau permudahkan segala galanya bagi nurse yg hamil tu. 

Semalaman tahan dalam wad. Bosan. Setiap tiga jam nurse datang check BP bagai. Masukkan air. Ngilunya rasa. Terima kasih Bismie kerana sudi tolong. Aku nampak keikhlasan mu disini. Berbanding dengan yang lain. Aku tak merasa mereka benar benar ingin menolong. Tapi apakan daya hadirnya mereka tolong tu pun dah cukup. Hanya tuhan saja tahu niat mereka. 

Esok paginya. 20/3/2014 doktor datang bukak bandage kat kepala. Lahh, lega rasanya. Ketat sangat doktor balut. 
How it looks.Oh scarry nya!
Omaigad. Takut jugak tengok diri sendiri punya. Scarry. Oh lupa dah habis operate nak discharged baru tahu final diagnosed apa. CHOLESTEATOMA. Ketumbuhan dekat middle ear belakang ear drum. So, nak remove ketumbuhan tu kene buat Mastoidectomy. Patutlah, aku pekak sebelah. Eardrum telinga sebelah kiri loss function. Hahahahaha . 

Okay dah cacat dah aku. Boleh masuk kategori Orang Kurang Upaya dah ni. Sekarang ni pun telinga kiri langsung tade function. Hmm sedihnya. Sabarlah untuk sekejap sahaja lagi Saa. Seminggu lagi bukak jahitan. And then, seminggu lepas tu buang kain kapas yang ada dalam telinga tu. Sabar. Keep strong. Lepas ni kau boleh dengar. Insha Allah. 

Sabar. Dugaan ini semua. Kene cool. Kene chill. 


p/s: Cuti dua minggu apa nak buat. Duk Ipoh takde buat apa bosan weh. Depa ni semua balik. Cuti weekend. Hmm kesian Bismie macam terpaksa kene teman aku. Balik lah Bismie. I'm okay here. 

p/s: Ya Allah, I think I'm doing the right thing. Guide me if I'm wrong... Anything what will happens dengan penuh redha aku terima. Mungkin takdir hidup aku tertulis sebegini rupa.









 
Copyright © 2020 CIK SHAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.